RSS

About


NUTP



بسم الله الرحمن الرحم

Assalamualaikum readers...


Nak berkongsi artikel ini....



KUALA LUMPUR 18 Ogos - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa tahap stres di kalangan guru-guru di negara ini semakin menjadi-jadi dan membimbangkan ekoran bebanan tugas yang meningkat.


Presiden NUTP, Ismail Nihat berkata, guru-guru kini terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan dalam bidang pendidikan sehingga wujudnya beban yang keterlaluan.

``Apabila ada pegawai baru di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri atau di peringkat kementerian, banyaklah idea dan tugasan baru yang harus dipikul oleh guru.

``Bebanan ini terus berlaku dalam keadaan jumlah guru yang tidak seimbang dengan peningkatan jumlah murid, projek banyak tetapi guru sedikit,'' katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng di sini, hari ini.

Sidang akhbar itu bertujuan menjelaskan beberapa isu melibatkan golongan guru yang akan dibentangkan pada Persidangan Perwakilan NUTP ke-17 yang bermula esok hingga 22 Ogos ini.

Menurut Ismail, walaupun kedengaran pelik tetapi semua pihak harus menerima hakikat bahawa masalah yang dihadapi oleh golongan guru menjurus kepada tekanan mental dan emosi berbanding fizikal.

``Ini menjejaskan keupayaan dan kepercayaan mereka terhadap diri sendiri untuk mencapai matlamat melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti,'' katanya.

Selain itu, beliau menggariskan beberapa faktor yang menyebabkan stres di kalangan guru iaitu:

* Harapan ibu bapa terlalu tinggi kepada guru kerana sering mahukan pencapaian terbaik pelajar.

* Masalah disiplin pelajar yang semakin sukar dikawal termasuk melibatkan keselamatan guru.

* Pelajar-pelajar semakin cerdik berbanding guru ekoran akses pendidikan yang semakin canggih dan meluas.

Sehubungan itu katanya, NUTP akan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjalankan satu kajian khas mengenai tahap sebenar tekanan di kalangan guru.

``Kita sedang berunding dengan JPA tetapi kami sudah menyediakan set soalan khas untuk menjayakan kajian tersebut.

``Sebagai permulaan kita akan agih-agihkannya kepada 220 delegasi yang menghadiri persidangan itu nanti,'' ujarnya.

Tambah beliau, kajian itu penting untuk membantu kerajaan meneliti langkah-langkah penyelesaian yang sesuai.


Sumber:http://s4.invisionfree.com/wantar/ar/t105.htm






Rumusan:
Pada masa kini, negara sangat memerlukan seorang guru yang seimbang dalam menangani emosi dan berkemahiran dalam segala bidang. Justeru, pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan dalam membantu menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif.  



Baiklah, sampai sini dahulu.
Kemas kini lagi nanti,
Ok bye!!
Salam, :)


Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too♥

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

STRESSLAH !!!


بسم الله الرحمن الرحم
Assalamualaikum readers...



Anda stress?
ohh bagus...tidak,..janganlah stress
kerana stress akan memberi kira kesan negatif dalam diri,
Menurut Girdano (1979), individu tidak mungkin dapat berfungsi dengan berkesan dan produktif jika berada dalam keadaan tertekan. Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan perhatian kepada kerja dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan. Hal-hal ini akan menghalang seseorang mewujudkan sifat peribadi yang positif, apa lagi sifat toleransi dan kasih sayang.
Justeru, bawalah diri pada-NYA kerana, DIA( Allah)  kekuatan kita.





"JANGANLAH MENGELUH SEWAKTU DIBERIKAN UJIAN, TETAPI MINTALAH DIBERI KEKUATAN APABILA MENERIMA UJIAN"


Sekian sampai sini dahulu.
Ok bye!
Salam.....(^_____^)



Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too♥

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS