RSS

About


JANGAN TINGGALKAN SAYA



بسم الله الرحمن الرحم
Assalamualaikum readers...





"No child left behind"
 bermaksud tiada kanak- kanak dibiarkan dalam arus pendidikan. 
Kenapa?

Semua kanak- kanak mempunyai hak dalam pendidikan. Ini selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu:


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."



Sebenarnya, salah satu tajuk  dalam  Guru dan Perundangan ada menyatakan mengenai peraturan- peraturan pendidikan yang telah termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Tujuan peraturan- peraturan ini digubal adalah untuk melindungi dan menjaga hak individu dalam pendidikan
Antara peraturan yang termaktub dalam akta tersebut adalah:

>>Kurikulum Kebangsaan 1997
     -  menggariskan mata pelajaran teras, wajib dan elektif
     - menggariskan gerak kerja kokurikulum

>>Pendidikan Khas, 1997
     - program pendidikan untuk murid bermasalah pendengaran , penglihatan atau masalah pembelajaran
     - guru boleh mengubah teknik atau strategi bagi mencapai matlamat pengajaran

>>Persatuan Sekolah, 1998
     - kelulusan pengetua/ guru besar untuk menubuhkan persatuan
     - kategori persatuan 

>>Penilaian dan peperiksaan, 1997
     - memantau dan menasihati dan membuat analisis tentang Penilaian Berasaskan Sekolah
     - mengendalikan semua peperiksaan 



Justeru,
apabila peraturan ini dilaksanakan dengan baik, maka hasrat kerajaan dalam bidang pendidikan tercapai dengan jayanya dan seterusnya melahirkan insan yang mampu memberi sumbangan pada masyarakat dan negara.







Baiklah sehingga ini dahulu perkongsian hari ini.
Kongsi ilmu sangat indah, (^______*)
Bye!
Salam,












Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too♥

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Komen:

Post a Comment