بسم الله الرحمن الرحم
Assalamualaikum readers...
Dunia pendidikan hari ini tidaklah seperti dunia pendidikan 20 tahun dahulu,
Ledakan globalisasi pada hari ini menuntut guru era ini mempersiapkan diri sepenuhnya.
Apakah yang dimaksudkan dengan globalisasi?
Globalisasi membawa maksud menjadi atau menuju ke arah kesejagatan. Ayat yang sering kita dengar kini adalah “dunia tanpa sempadan”. Fenomena globalisasi ini berlaku di seluruh dunia dan memberi kesan kepada semua negara dalam pelbagai aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik, budaya dan pendidikan.
Baiklah, berbalik kepada cabaran guru masa kini.
Guru masa kini bukan sahaja memikul tugas sebagai seorang pengajar di dalam bilik darjah, malah guru zaman kini juga terlibat dengan pelbagai tugas lain seperti :
Tugas- Tugas pengkeranian
Pengkeranian di sini bermaksud guru terlibat dengan penyediaan fail dan surat menyurat untuk tujuan dokumentasi. Penyediaan pelbagai dokumen yang terlalu rencam serta tidak melibatkan tugas utama seorang guru dalam pengurusan pembelajaran dan pengajaran (PNP) dalam bilik darjah. Ini adalah realiti dunia pendidikan pada hari ini. Sebagai seorang pelaksana dasar, guru dituntut untuk memikul tugas ini sebaiknya dalam memastikan misi dan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan berjaya digapai.
Guru Dalam Bilik Darjah
Buat masa ini guru perlu sentiasa peka kepada perkembangan semasa. Hal ini termasuk dalam menggunakan pendekatan, teknik dan kaedah yang terbaharu dalam sistem pendidikan yang diperkenalkan di aplikasikan dalam bilik darjah.
Cara ‘chalk and talk’ bukan lagi suatu kaedah yang sesuai. Guru mesti menguasai kaedah pedagogi yang sinonim dengan pengetahuan sedia ada murid yang bersifat homogenius, menggunakan bahan bantuan mengajar yang sistematik.
Bahan bantuan mengajar digunakan guru perlu menggunakan teknologi terkini dengan sumber kewangan yang terhad. Kaedah berpusatkan murid mesti dilaksanakan dalam pengajaran seseorang guru. Guru kena berfungsi sebagai medarator yang berkesan.
Pencapaian objektif mesti berbentuk eksplisit yang mampu merangsang murid memahami isi pembelajaran. Penilaian secara formatif perlu dilaksanakan. Oleh itu, secara keseluruhan sistem penyampaian guru dalam pembelajaran dan pengajaran bukan lagi berbentuk stereotaip tetapi berbentuk proaktif.
Tugas Guru
Pelbagai jawatan yang disandang oleh seseorang guru dalam satu masa. Seorang guru terpaksa memegang beberapa potfolio dalam sesuatu jawatankuasa yang diwujudkan atas kapasiti yang tidak berkaitan dengan subjek yang diajar. Sebagai contoh, seorang guru yang sudah dilantik sebagai Ketua Panitia subjek terpaksa menjadi ahli untuk jawatankuasa bagi pengurusan Hal Ehwal Murid seperti Bahagian Perabot, Keceriaan dan Keselamatan sekolah serta Pengurusan Bangunan dan Pemuliharaan Bangunan dan pelbagai ini.
Dengan kesibukan dalam menyediakan rancangan pembelajaran dan pengajaran dalam kelas serta menanda latihan murid seorang guru terpaksa menguruskan hal-hal yang sedemikian seperti sistem pemfailan, inventori, rekod kemas kini dan sebagainya yang perlu dilengkapkan dan diurus dengan baik. Guru perlu melaksanakan tugas ini bagi membantu proses pembangunan dan aset sekolah
Pelaksana Dasar
Dasar Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah dimulai pada tahun 2002. Walaupun dasar tersebut melibatkan guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik namun dasar tersebut tetap dirasai oleh seluruh warga sekolah. Pihak sekolah telah diarahkan untuk memastikan dasar tersebut berjalan. Akibatnya terdapat unsur-unsur yang cuba mendiskriminasikan subjek lain terutamanya bahasa Melayu seolah-olah bahasa Melayu bukan lagi bahasa pengantar dan merentasi kurikulum sekolah. Walaupun dasar ini tidak selaras dengan Akta Bahasa Kebangsaan namun pihak sekolah tetap melaksanakannya dengan matlamat untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di sekolah serta meningkatkan peratus sains dan matematik seperti suatu formula ‘tiga dalam satu’.
Namun apabila kajian semula dilaksanakan atas persetujuan Mesyuarat Meja Bulat Kementerian Pelajaran Malaysia dasar ini telah bersetuju untuk diubah. Sekali lagi guru dihadapkan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kalau mengikut proses dasar ini melibatkan bahasa Melayu yang akan mengambil alih tempat bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek Sains da Matematik secara proses ‘soft landing’.
Sebenarnya, dasar ini perlu dilaksanakan atas faktor yang dikemukakan dalam Buku Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris ( 2011:8 ) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang merasionalkan perubahan tersebut kerana berdasarkan kajian UNESCO yang menyatakan murid lebih mudah mempelajari pelajaran dengan menggunakan bahasa ibundanya dan profisiensi Bahasa Inggeris guru pada tahap cemerlang dan baik hanya sekitar 25% sahaja. Bagi menghadapi cabaran ini seorang guru perlu bersiap siaga dari segi mental dan fizikal kerana dasar yang sering berubah-uabh. Namun hal yang demikian ini, tidak menghalang seorang guru untuk mengikuti dan melaksanakan dasar tersebut mesti dilakukan hanya bermatlamat untuk kejayaan murid. Oleh sebab kerangka masa telahpun ditetapkan maka seorang guru akan akur dengan proses dan prosedur tersebut.
Justeru, melihat cabaran- cabaran pendidikan masa kini, guru perlu sentiasa bersedia dari segi mental, fizikal, dalam memastikan diri guru guru berada dalam arus permodenan pendidikan. Guru merupakan agen perubah sumber tenaga manusia. Walau bagaimanapun, jika guru tidak berjaya menghadapai cabaran masa kini, maka wujudlah gejala stress dalam kalangan guru. Oleh itu, untuk isu berikutnya, akan dibincangkan mengenai langkah- langlah yang boleh diambil dalam menangani stress.
Jumpa lagi.
Terima kasih kerana membaca.
Sampai sini dahulu, coretan ini.
Bye!
Salam...
0 Komen:
Post a Comment