RSS

About


JANGAN TINGGALKAN SAYA



بسم الله الرحمن الرحم
Assalamualaikum readers...





"No child left behind"
 bermaksud tiada kanak- kanak dibiarkan dalam arus pendidikan. 
Kenapa?

Semua kanak- kanak mempunyai hak dalam pendidikan. Ini selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu:


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."



Sebenarnya, salah satu tajuk  dalam  Guru dan Perundangan ada menyatakan mengenai peraturan- peraturan pendidikan yang telah termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Tujuan peraturan- peraturan ini digubal adalah untuk melindungi dan menjaga hak individu dalam pendidikan
Antara peraturan yang termaktub dalam akta tersebut adalah:

>>Kurikulum Kebangsaan 1997
     -  menggariskan mata pelajaran teras, wajib dan elektif
     - menggariskan gerak kerja kokurikulum

>>Pendidikan Khas, 1997
     - program pendidikan untuk murid bermasalah pendengaran , penglihatan atau masalah pembelajaran
     - guru boleh mengubah teknik atau strategi bagi mencapai matlamat pengajaran

>>Persatuan Sekolah, 1998
     - kelulusan pengetua/ guru besar untuk menubuhkan persatuan
     - kategori persatuan 

>>Penilaian dan peperiksaan, 1997
     - memantau dan menasihati dan membuat analisis tentang Penilaian Berasaskan Sekolah
     - mengendalikan semua peperiksaan 



Justeru,
apabila peraturan ini dilaksanakan dengan baik, maka hasrat kerajaan dalam bidang pendidikan tercapai dengan jayanya dan seterusnya melahirkan insan yang mampu memberi sumbangan pada masyarakat dan negara.







Baiklah sehingga ini dahulu perkongsian hari ini.
Kongsi ilmu sangat indah, (^______*)
Bye!
Salam,












Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too♥

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TEGAK UTUH BERDIRI



بسم الله الرحمن الرحم
Assalamualaikum readers...









Guru perlulah melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan sebaiknya. Rumusan yang dapat disimpulkan dalam tajuk Guru dan Perundangan ini adalah:



i) Sebagai penjawat awam, guru perlu mematuhi peraturan- peraturan tatakelakuan dan tatatertib

ii) Sistem pengawalan disiplin dalam bentuk pembetulan dan hukuman beserta langkah- langkah peningkatan disiplin memerlukan komitmen semua pihak untuk memastikan keberkesanan maksimum dicapai.

iii) Pematuhan dan penghayatan tatakelakuan ini akan menghasilkan profesion keguruan yang bersifat " Bersih, Cekap, Amanah" dan penyelewengan dapat dihindar

iv) Sistem pendidikan negara akan menjadi lebih stabil di samping dapat melahirkan guru yang berkualiti



"Berburu ke Padang Datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Ulama' yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini 
Siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya
mengajar tulis baca "




Rumusan:
Guru sememangnya pembina negara bangsa kerana gurulah yang dapat membangunkan modal insan dan memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh,berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh pada agama dan seterusnya menjadi warganegara glokal yang mampu bersaing dengan dunia luar. (^_^)


Rujukan: 

Noriati, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah, Zuraidah. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Credit to:


Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too♥

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GURU DAN PERUNDANGAN



بسم الله الرحمن الرحم
Assalamualaikum readers...



                           




Sekian, perkongsian pada hari ini.
Kongsi itu indahkan, (^____________^)
Bye!
Salam


Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too♥

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

IKLAN RAYA?

بسم الله الرحمن الرحم
Assalamualaikum readers...





Cuba lihat gambar di atas.
Bukan iklan Minyak Cap Gergaji  , bukan juga iklan sabun basuh cap Sakan.
Ambil masa 5 minit. Fikir baik- baik. Tak lama kan. :)

 *


*


*


*


*

Baiklah, 5 minit dah berlalu.
Sebenarnya. Gambar di atas adalah gambar seorang guru yang sedang mempromosikan kuih raya sempena Hari Raya Aidil Fitri. Tak lama dah kan nak raya ni.(^_____^)

Sila lihat kembali gambar di atas.
Ada tak situasi ini berlaku di persekitaran sekolah anda?
Ya,..memang tak semua tetapi ada segelintir guru yang mempraktikannya.

Sebenarnya, tak salah tetapi harus ingat. Keutamaan seorang guru apabila di sekolah adalah menjalankan proses  pengajaran dan pembelajaran. (P & P).
Bukan masa P & P lah cepat mempromosikan kuih- kuih ni, buka katalog kuih raya. Salah sama sekali.
Kenapa?
Sebab kakitangan kerajaan tertakluk di bawah Peraturan- peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993 (pindaan 2002) seperti yang tertakluk dalam Peraturan 5 (pekerjaan luar).

Sebenarnya, apabila guru tidak melaksanakan P & P ini, banyak kesannya. Antara kesannya adalah:


i)  mengganggu proses pembelajaran murid dalam bilik darjah

ii) mengancam keselamatan murid

iii) memberi imej negatif pada guru tersebut

iv) prestasi guru semakin merosot

v) misi dan visi KPM tidak dapat dilaksanakan dengan baik





Baiklah. 
Sampai di sini dahulu.
Update lagi nanti.
Kongsi itu indahkan, (^_________^)
Bye!
Salam

















Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too♥

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

INSPIRASI


بسم الله الرحمن الرحم
Assalamualaikum readers...






Kami bukan nak ajar cakap Bahasa Cina,jauh sekali Bahasa Korea.... 


tapi sila ambil pengajaran dalam video ini,


yang baik sila ikut, yang jahat lemah jadi sempadan   ..:)






Dah tengokkan?

Jadi,..refleks diri,cermin diri,..renung- renungkan dan ........


SELAMAT BERAMAL


Kongsi itu indahkan, (^_____^)
Bye!
Salam


Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too♥

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KERATAN AKHBAR


بسم الله الرحمن الرحم
Assalamualaikum readers...





Sila baca tajuk entri dalam keratan di atas.
"Mencabar"

*



*



*



*


Justeru, guru pada hari ini perlulah :

i) meningkat nilai profesionalisme keguruan


ii) memiliki kemahiran komunikasi berkesan


iii) melaksankan dasar- dasar kerajaan sebaiknya


iv) membuat penyelidikan dalam bilik darjah dalam meningkat amalan pendidikan


v) bersikap positif apabila menerima teguran 


vi) memberi sepenuh komitmen apabila berada berhadapan dengan tugas




Langkah- langkah berikut bertujan memastikan, seorang guru itu berkompeten dalam melaksanakan tugas- tugas sebagai seorang pengajar dan pendidik. Selain itu, apabila tindakan di atas diambil dapat memastikan seorang guru itu dapat menguruskan tekanan di tempat kerja secara positif. 



"Seorang guru itu tetap seorang guru, namun disebalik berdirinya seorang guru itu mampu melahirkan ramai model insan yang berjaya"




Sekian, 
perkongsian untuk hari ini.
Kongsi itu indahkan. (^___________^)
Bye!
Salam.


       


Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too♥

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LANGKAH PENGURUSAN STRESS

بسم الله الرحمن الرحم
Assalamualaikum readers...


Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ini,
mengenai bagaimanakah langkah- langkah dalam menguruskan stress
Ya, stress.






Slaid 1



Slaid 2



Slaid 3


Slaid 4



Slaid 5


Slaid 6


Slaid 7


Slaid 7


Slaid 8


Rujukan: http://www.slideshare.net/sudinjaffar/bengkel-pengurusan-stress dilayari pada 25/06/2012
              http://www.slideshare.net/cikgupaklong/penguruan-stress-presentation dilayari pada 25/06/2012


Sampai sini dahulu.
Semoga bercambah minda hasil perkongsian kali ini.
Bye!
Salam, (^_____^)


Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too♥

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ISU CABARAN GURU SEMASA


بسم الله الرحمن الرحم
Assalamualaikum readers...



Dunia pendidikan hari ini tidaklah seperti dunia pendidikan 20 tahun dahulu, 
Ledakan globalisasi pada hari ini menuntut guru era ini mempersiapkan diri sepenuhnya.
Apakah yang dimaksudkan dengan globalisasi?




Globalisasi membawa maksud menjadi atau menuju ke arah kesejagatan. Ayat yang sering kita dengar kini adalah “dunia tanpa sempadan”. Fenomena globalisasi ini berlaku di seluruh dunia dan memberi kesan kepada semua negara dalam pelbagai aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik, budaya dan pendidikan.

Baiklah, berbalik kepada  cabaran guru masa kini.
Guru masa kini bukan sahaja memikul tugas sebagai seorang pengajar di dalam bilik darjah, malah guru zaman kini juga terlibat dengan pelbagai tugas lain seperti :

Tugas- Tugas pengkeranian

Pengkeranian di sini bermaksud guru terlibat dengan penyediaan fail dan surat menyurat untuk tujuan dokumentasi. Penyediaan pelbagai dokumen yang terlalu rencam serta tidak melibatkan tugas utama seorang guru dalam pengurusan pembelajaran dan pengajaran (PNP) dalam bilik darjah. Ini adalah realiti dunia pendidikan pada hari ini. Sebagai seorang pelaksana dasar, guru dituntut untuk memikul tugas ini sebaiknya dalam memastikan misi dan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan berjaya digapai.



Guru Dalam Bilik Darjah

Buat masa ini guru perlu sentiasa peka kepada perkembangan semasa. Hal ini termasuk dalam menggunakan pendekatan, teknik dan kaedah yang terbaharu dalam sistem pendidikan yang diperkenalkan di aplikasikan dalam bilik darjah. 

Cara ‘chalk and talk’ bukan lagi suatu kaedah yang sesuai. Guru mesti menguasai kaedah pedagogi yang sinonim dengan pengetahuan sedia ada murid yang bersifat homogenius, menggunakan bahan bantuan mengajar yang sistematik. 

Bahan bantuan mengajar digunakan guru perlu menggunakan teknologi terkini dengan sumber kewangan yang terhad. Kaedah berpusatkan murid mesti dilaksanakan dalam pengajaran seseorang guru. Guru kena berfungsi sebagai medarator yang berkesan. 

Pencapaian objektif mesti berbentuk eksplisit yang mampu merangsang murid memahami isi pembelajaran. Penilaian secara formatif perlu dilaksanakan. Oleh itu, secara keseluruhan sistem penyampaian guru dalam pembelajaran dan pengajaran bukan lagi berbentuk stereotaip tetapi berbentuk proaktif. 


Tugas  Guru

Pelbagai jawatan yang disandang  oleh seseorang guru dalam satu masa. Seorang guru terpaksa memegang beberapa potfolio dalam sesuatu jawatankuasa yang diwujudkan atas kapasiti yang tidak berkaitan dengan subjek yang diajar. Sebagai contoh, seorang guru yang sudah dilantik sebagai Ketua Panitia subjek terpaksa menjadi ahli untuk jawatankuasa bagi pengurusan Hal Ehwal Murid seperti Bahagian Perabot, Keceriaan dan Keselamatan sekolah serta Pengurusan Bangunan dan Pemuliharaan Bangunan dan pelbagai ini. 

Dengan kesibukan dalam menyediakan rancangan pembelajaran dan pengajaran dalam kelas serta menanda latihan murid seorang guru terpaksa menguruskan hal-hal yang sedemikian seperti sistem pemfailan, inventori, rekod kemas kini dan sebagainya yang perlu dilengkapkan dan diurus dengan baik.  Guru perlu melaksanakan tugas ini bagi membantu proses pembangunan dan aset sekolah


Pelaksana Dasar

Dasar Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah dimulai pada tahun 2002. Walaupun dasar tersebut melibatkan guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik namun dasar tersebut tetap dirasai oleh seluruh warga sekolah. Pihak sekolah telah diarahkan untuk memastikan dasar tersebut berjalan. Akibatnya terdapat unsur-unsur yang cuba mendiskriminasikan subjek lain terutamanya bahasa Melayu seolah-olah bahasa Melayu bukan lagi bahasa pengantar dan merentasi kurikulum sekolah. Walaupun dasar ini tidak selaras dengan Akta Bahasa Kebangsaan  namun pihak sekolah tetap melaksanakannya dengan matlamat untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di sekolah serta meningkatkan peratus sains dan matematik seperti suatu formula ‘tiga dalam satu’. 

Namun apabila kajian semula dilaksanakan atas persetujuan Mesyuarat Meja Bulat Kementerian Pelajaran Malaysia dasar ini telah bersetuju untuk diubah. Sekali lagi guru dihadapkan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kalau mengikut proses dasar ini melibatkan bahasa Melayu yang akan mengambil alih tempat bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek Sains da Matematik secara proses ‘soft landing’. 

Sebenarnya, dasar ini perlu dilaksanakan atas faktor yang dikemukakan dalam Buku Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris ( 2011:8 ) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang merasionalkan perubahan tersebut kerana berdasarkan kajian UNESCO yang menyatakan murid lebih mudah mempelajari pelajaran dengan menggunakan bahasa ibundanya dan profisiensi Bahasa Inggeris guru pada tahap cemerlang dan baik hanya sekitar 25% sahaja. Bagi menghadapi cabaran ini seorang guru perlu bersiap siaga dari segi mental dan fizikal kerana dasar yang sering berubah-uabh. Namun hal yang demikian ini, tidak menghalang seorang guru untuk mengikuti dan melaksanakan dasar tersebut mesti dilakukan hanya bermatlamat untuk kejayaan murid. Oleh sebab kerangka masa telahpun ditetapkan maka seorang guru akan akur dengan proses dan prosedur tersebut.







Justeru, melihat  cabaran- cabaran pendidikan masa kini, guru perlu sentiasa bersedia dari segi mental, fizikal, dalam memastikan diri guru guru berada dalam arus permodenan pendidikan. Guru merupakan agen perubah sumber tenaga manusia. Walau bagaimanapun, jika guru tidak berjaya menghadapai cabaran masa kini, maka wujudlah gejala stress dalam kalangan guru. Oleh itu, untuk isu berikutnya, akan dibincangkan mengenai langkah- langlah yang boleh diambil dalam menangani stress.




Jumpa lagi.
Terima kasih  kerana membaca.
Sampai sini dahulu, coretan ini.
Bye!
Salam...








Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too♥

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

NUTP



بسم الله الرحمن الرحم

Assalamualaikum readers...


Nak berkongsi artikel ini....



KUALA LUMPUR 18 Ogos - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa tahap stres di kalangan guru-guru di negara ini semakin menjadi-jadi dan membimbangkan ekoran bebanan tugas yang meningkat.


Presiden NUTP, Ismail Nihat berkata, guru-guru kini terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan dalam bidang pendidikan sehingga wujudnya beban yang keterlaluan.

``Apabila ada pegawai baru di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri atau di peringkat kementerian, banyaklah idea dan tugasan baru yang harus dipikul oleh guru.

``Bebanan ini terus berlaku dalam keadaan jumlah guru yang tidak seimbang dengan peningkatan jumlah murid, projek banyak tetapi guru sedikit,'' katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng di sini, hari ini.

Sidang akhbar itu bertujuan menjelaskan beberapa isu melibatkan golongan guru yang akan dibentangkan pada Persidangan Perwakilan NUTP ke-17 yang bermula esok hingga 22 Ogos ini.

Menurut Ismail, walaupun kedengaran pelik tetapi semua pihak harus menerima hakikat bahawa masalah yang dihadapi oleh golongan guru menjurus kepada tekanan mental dan emosi berbanding fizikal.

``Ini menjejaskan keupayaan dan kepercayaan mereka terhadap diri sendiri untuk mencapai matlamat melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti,'' katanya.

Selain itu, beliau menggariskan beberapa faktor yang menyebabkan stres di kalangan guru iaitu:

* Harapan ibu bapa terlalu tinggi kepada guru kerana sering mahukan pencapaian terbaik pelajar.

* Masalah disiplin pelajar yang semakin sukar dikawal termasuk melibatkan keselamatan guru.

* Pelajar-pelajar semakin cerdik berbanding guru ekoran akses pendidikan yang semakin canggih dan meluas.

Sehubungan itu katanya, NUTP akan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjalankan satu kajian khas mengenai tahap sebenar tekanan di kalangan guru.

``Kita sedang berunding dengan JPA tetapi kami sudah menyediakan set soalan khas untuk menjayakan kajian tersebut.

``Sebagai permulaan kita akan agih-agihkannya kepada 220 delegasi yang menghadiri persidangan itu nanti,'' ujarnya.

Tambah beliau, kajian itu penting untuk membantu kerajaan meneliti langkah-langkah penyelesaian yang sesuai.


Sumber:http://s4.invisionfree.com/wantar/ar/t105.htm






Rumusan:
Pada masa kini, negara sangat memerlukan seorang guru yang seimbang dalam menangani emosi dan berkemahiran dalam segala bidang. Justeru, pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan dalam membantu menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif.  



Baiklah, sampai sini dahulu.
Kemas kini lagi nanti,
Ok bye!!
Salam, :)


Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too♥

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

STRESSLAH !!!


بسم الله الرحمن الرحم
Assalamualaikum readers...



Anda stress?
ohh bagus...tidak,..janganlah stress
kerana stress akan memberi kira kesan negatif dalam diri,
Menurut Girdano (1979), individu tidak mungkin dapat berfungsi dengan berkesan dan produktif jika berada dalam keadaan tertekan. Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan perhatian kepada kerja dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan. Hal-hal ini akan menghalang seseorang mewujudkan sifat peribadi yang positif, apa lagi sifat toleransi dan kasih sayang.
Justeru, bawalah diri pada-NYA kerana, DIA( Allah)  kekuatan kita.





"JANGANLAH MENGELUH SEWAKTU DIBERIKAN UJIAN, TETAPI MINTALAH DIBERI KEKUATAN APABILA MENERIMA UJIAN"


Sekian sampai sini dahulu.
Ok bye!
Salam.....(^_____^)



Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too♥

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS