بسم الله الرحمن الرحم
Assalamualaikum readers...
Cuba lihat gambar di atas.
Bukan iklan Minyak Cap Gergaji , bukan juga iklan sabun basuh cap Sakan.
Ambil masa 5 minit. Fikir baik- baik. Tak lama kan. :)
*
*
*
*
*
Baiklah, 5 minit dah berlalu.
Sebenarnya. Gambar di atas adalah gambar seorang guru yang sedang mempromosikan kuih raya sempena Hari Raya Aidil Fitri. Tak lama dah kan nak raya ni.(^_____^)
Sila lihat kembali gambar di atas.
Ada tak situasi ini berlaku di persekitaran sekolah anda?
Ya,..memang tak semua tetapi ada segelintir guru yang mempraktikannya.
Sebenarnya, tak salah tetapi harus ingat. Keutamaan seorang guru apabila di sekolah adalah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. (P & P).
Bukan masa P & P lah cepat mempromosikan kuih- kuih ni, buka katalog kuih raya. Salah sama sekali.
Kenapa?
Sebab kakitangan kerajaan tertakluk di bawah Peraturan- peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993 (pindaan 2002) seperti yang tertakluk dalam Peraturan 5 (pekerjaan luar).
Sebenarnya, apabila guru tidak melaksanakan P & P ini, banyak kesannya. Antara kesannya adalah:
i) mengganggu proses pembelajaran murid dalam bilik darjah
ii) mengancam keselamatan murid
iii) memberi imej negatif pada guru tersebut
iv) prestasi guru semakin merosot
v) misi dan visi KPM tidak dapat dilaksanakan dengan baik
Baiklah.
Sampai di sini dahulu.
Update lagi nanti.
Kongsi itu indahkan, (^_________^)
Bye!
Salam
0 Komen:
Post a Comment