RSS

About


TEGAK UTUH BERDIRI



بسم الله الرحمن الرحم
Assalamualaikum readers...









Guru perlulah melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan sebaiknya. Rumusan yang dapat disimpulkan dalam tajuk Guru dan Perundangan ini adalah:



i) Sebagai penjawat awam, guru perlu mematuhi peraturan- peraturan tatakelakuan dan tatatertib

ii) Sistem pengawalan disiplin dalam bentuk pembetulan dan hukuman beserta langkah- langkah peningkatan disiplin memerlukan komitmen semua pihak untuk memastikan keberkesanan maksimum dicapai.

iii) Pematuhan dan penghayatan tatakelakuan ini akan menghasilkan profesion keguruan yang bersifat " Bersih, Cekap, Amanah" dan penyelewengan dapat dihindar

iv) Sistem pendidikan negara akan menjadi lebih stabil di samping dapat melahirkan guru yang berkualiti



"Berburu ke Padang Datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Ulama' yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini 
Siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya
mengajar tulis baca "




Rumusan:
Guru sememangnya pembina negara bangsa kerana gurulah yang dapat membangunkan modal insan dan memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh,berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh pada agama dan seterusnya menjadi warganegara glokal yang mampu bersaing dengan dunia luar. (^_^)


Rujukan: 

Noriati, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah, Zuraidah. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Credit to:

http://ilyasak.blogspot.com/2008/03/puisi-usman-awang-guru-oh-guru.html


Sekian,
setakat ini dahulu perkongsian.
Kongsi itu indahkan, (^________^)
Bye!
Salam.
s


Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too♥

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Komen:

Post a Comment